Chrome Pointer Mamasya Homestay: 2013

JOM TENGOK

Mamasya Homestay....Kini Dibuka

Monday, May 20, 2013

Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik Premier Sesi Jun 2013



Assalamualaikum...

Dok godek2 internet sekali terjumpe pasal semakan  kemasukan  ke Politeknik sesi JUN 2013..Semua  maklum kalau nk masuk U/ ipta ni...semuanya dalam bulan 6 mcm tu la...


Tarikh Penting 

Sila layari laman web ini pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah:


1.Permohonan ke Program Diploma Politeknik Premier & Konvensional/METrO bagi lepasan SPM dan setaraf di http://upu.mohe.gov.my
Mulai 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013
2.Iklan Permohonan ke Politeknik KPT Sesi Jun 2013 di akhbar Sin Chew Daily, Sunday Star, Tamil Nessan, Borneo Post, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia
10 Mac 2013
3.Permohonan ke Program Diploma Lanjutan bagi lulusan Diploma Politeknik KPT di http://www.politeknik.edu.my
10 Mac 2013 hingga 7 April 2013
4.Permohonan ke Program Diploma bagi lulusan Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA di http://www.politeknik.edu.my
10 Mac 2013 hingga 22 April 2013
5.Iklan Permohonan ke Politeknik KPT Sesi Jun 2013 di akhbar Sinar Ahad, Kosmo Ahad dan Metro Ahad
31 Mac 2013
6.Semakan Panggilan Temuduga untuk Program Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik (Perubatan), Pengurusan Fasiliti, Keusahawanan & Rangkaian di http://www.politeknik.edu.my
11 April 2013
7.Sesi Temuduga untuk Program Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik (Perubatan), Reka Bentuk dan Pembuatan Automatif, Pengurusan Fasiliti, Keusahawanan & Rangkaian
15 hingga 19 April 2013
8.Semakan Panggilan Temuduga untuk Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan di http://www.politeknik.edu.my
23 April 2013
9.Semakan Panggilan Temuduga untuk Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat di http://www.politeknik.edu.my
26 April 2013
10.Sesi Temuduga untuk Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan
29 April 2013
11.Sesi Temuduga untuk Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
30 April 2013
12.Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier/IPTA
(Kategori Lepasan SPM) Sesi Jun 2013
17 Mei 2013
13.Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO & ILKA Sesi Jun 2013
24 Mei 2013
14.Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA Sesi Jun 2013


15.Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2013         16/17 Jun 2013
24 Mei 2013
                              






SELAMAT HARI KONVOKESYEN


Assalamualaikum...

Lama sungguh saya menyepi dek kesibukan bekerja, menguruskan anak-anak dan segala macam2 hal... Tetapi itulah rutin saban hari seorang wanita yang  bergelar isteri, ibu dan pekerja...Alhamdullilah terima kasih  diatas kurniaan Allah...

Masih berpeluang menghirup udara segar dan nyaman....Walau tak sekaya mana,walau tak sehebat mana, janji cukup makan pakai...Tapi adakah kita selalu mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepada kita...kalau kita susah, ramai lagi yang susah dari kita...

Sesusah mana kita sekali pun mintalah  pada Allah,berdoalah dan jangan lupa berusaha ..Rezeki Allah yang bagi...Semua yang ada pada kita semuanya dari Allah...


19-20 Mei (hari ni) adalah hari konvokesyen Uitm Dungun, Terengganu..tahniah dari pihak Mamasya Homestay kerana berjaya menamatkan pengajian anda..penat lelah,jerih perit ibu bapa menghantar anda ke sekolah  hingga ke menara gading akhirnya membuahkan hasil..Ucapkanlah terima kasih kepada mereka....

Dah anta resume atau dah dapat panggilan untuk bekerja?kalau belum buat resume cepat-cepatlah siapkan dan jangan lupe anta..Siapa cepat dia yang dapat kan....Bagi yang belum daat surat tawaran kerja...jangan bersedih, luangkan masa yang ada bersama family tersayang..sambil- sambil tu intailah peluang dan cari kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan yang ada pada anda....

Takpun kerja part-time/sambilan sebelum dapat kerja yang betul2 mengikut kelayakan anda..Disamping dapat duit tambahan ada jugak duit poket...Jom usaha tangga kejayaan...Jangang dok saje bg buncik perut...

LEARN SOMETHIN AND GAIN SOMETHING....

Wednesday, May 8, 2013

Cuti Sekolah kembali lagi...

Cuti sekolah akan bermula penghujung bulan mei sehingga awal Jun..

Dah rancang nak pegi kemana cuti ni..kalau setiap kali tiba cuti asyik nak berjalan atau makan angin habislah duit tabungan ...

Dah plan aktiviti anak2 musim cuti sekolah?Maybe nak anta anak balik kampung tinggal bersama nenek dan atuk atau saudara mara...Atau cuti nii  banyak kenduri kahwin yang nak kena pergi?tak pergi serba salah jugak dibuat...apatah lagi kalau yang buat kenduri kahwin tu sahabat handai /kenalan rapat mahupun saudara kita...



Tipsnya senang sahaja..dahulukan apa yang penting dan paling utama jangan kita lupakan talian kekeluargaan atau tali persahabatan ..dah tentu kita akan akan dapat kad kahwin atau jemputan awal2 kan?So berjimat-jimatlah serta plan dari awal untuk kita sama2 memeriahkan hari pernikahan saudara atau kenalan kita..

Ada yang bakal berkunjung  ke Dungun, Trg sepanjang musim cuti sekolah ni?tak tau mana nak tinggal?Rumah keluarga,saudara  atau sahabat handai takmuat,tak selesa ..apa kata jom sudi-sudikan singgah menginap sementara di MAMASYA HOMESTAY...HANYA RM 150/HARI....

HUBUNGI KAMI UNTUK MENEMPAH...

TEMPAH SEBELUM TERLEWAT...

Friday, April 19, 2013

Lokasi Mamasya Homestay

Assalamualaikum...


Taktahu kat mana letaknya Mamasya Homestay ni?Ikut je koordinat GPS yang kami beri untuk panduan anda semua ke Mamasya Homestay ..

InsyaAllah dipermudahkan..sebenarnya banyak jalan yang boleh digunakan untuk sampai ke Mamasya Homestay .


Diam tak diam sekarang sudah ke penghujung April..Tidak lama lagi iaitu 5 Mei 2013 kita sebagai rakyat Malaysia akan membuang undi untuk menentukan siapa yang dipilih untuk menerajui Malaysia negara yang tercinta...

Jadi sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab bersama dengan keluar mengundi...

Nak balik kampung sekitar Dungun untuk mengundi?Tiada tempat persinggahan atau rumah keluarga sudah penuh/bersesak -sesak?Apa kata sudi-sudilah menginap di Mamasya Homestay...Hanya RM 150 sehari...Pasti berbaloi-baloi...

Monday, April 1, 2013

Mamasya Homestay kini dibuka



Tempahan utk  Mamasya Homestay  kini dibuka..


Alamat :  No 43,Taman Sri Rumbia
               23000 Dungun,Terengganu.

Pertanyaan & Tempahan :  1.  Pn. Nor ( 019-4795388)
                                              2. En.Din(019-4565388)
                                               3.Pn.Su (019-9420518)
           
Kadar  Sewa & Terma

Harga : RM 150 /hari  sahaja

SMS UNTUK DAPATKAN NO AKAUN PENGURUS MAMASYA HOMESTAY

TEMPAH (DEPOSIT RM 50),BAKI BAYAR SEMASA CHECK-IN HOMESTAY

Check  in   :  2.30 pm
Check  out:  12 noon



PENTING / IMPORTANT

1- Sila bawa salinan slip /transaksi pembayaran semasa  hendak mendaftar masuk ke  Mamasya Homestay..

2- Daftar Masuk (check in) 2.30 PETANG / Daftar Keluar(check out) 12.00  TENGAHARI


BAYARAN  HENDAKLAH DIMASUKAN KEDALAM AKAUN DALAM MASA 24 JAM UNTUK MENJAMIN PENGESAHAN




Urusan pembatalan:Notis 2 hari sebelum tarikh check –in,jika tidak wang tidak akan dikembalikan!!!



Wednesday, January 16, 2013

Assalamualaikum...

Diam tak diam kita semua sudah berada di pertengahan bulan Januari.Tidak lama lagi kaum Cina di Malaysia bahkan di seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Cina. Sudahkah anda berfikir atau merancang  ke destinasi yang menarik sepanjang cuti ini? Jom fikirkan..

Saturday, January 5, 2013

Rancang Percutian anda



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Bulan Januari  2013 baru bermula,semestinya ibu bapa semua  sibuk menguruskan persekolahan anak-anak.Tidak kira di peringkat tadika,sekolah rendah ataupun peringkat menengah.

Sudah  merancang kemana hala tuju @ destinasi percutian  untuk tahun ini?Sekiranya anda ingin melancong atau makan angin semestinya perancangan yang teliti harus dibuat terlebih dahulu.Perancangan harus dimulakan dari awal untuk mengelakkan daripada bajet yang dibuat terlebih atau terkurang...Dalam masa yang sama faktor cuti perlu diambilkira bagi memudahkan perjalanan anda semua..

Yang penting sekali bila,dimana ingin bercuti dan bagaimana mahu ke destinasi yang dirancang...

Disini saya kongsikan kalendar persekolahan bagi tahun 2013 dan juga senarai cuti umum untuk rujukan anda semua yek...

CUTI UMUM 2013



TarikhPeristiwaNegeri
1 Januari
Selasa
Tahun Baru 2013Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari
Isnin
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
20 Januari 
Ahad
Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 Januari
Khamis
Maulidur RasulSemua Negeri
27 Januari
Ahad
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor
1 Februari 
Jumaat
Hari WilayahWP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari 
Ahad
Tahun Baru CinaSemua Negeri
11 Februari
Isnin
Tahun Baru Cina (Hari ke-2)Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mac         
Isnin
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu
29 Mac
Jumaat
Good FridaySabah & Sarawak
15 April
Isnin
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya BersejarahMelaka
19 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
26 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 Mei          
Rabu
Hari PekerjaSemua Negeri
7 Mei        
Selasa
Hari Hol PahangPahang
17 Mei    
Jumaat
Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
24 Mei
Jumaat
Hari WesakSemua Negeri
30 & 31 Mei
Khamis & Jumaat
Pesta Kaamatan SabahSabah & Labuan
1 Jun       
Sabtu
Hari Keputeraan YDPASemua Negeri
1 & 2 Jun      
Sabtu & Ahad
Hari Gawai SarawakSarawak
6 Jun   
Khamis
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai     
Ahad
Georgetown World Heritage City DayPulau Pinang
10 Julai 
Rabu
Awal Ramadan*Johor, Kedah & Melaka
13 Julai  
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
26 Julai
Jumaat
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
8 & 9 Ogos
Khamis & Jumaat
Hari Raya Puasa *Semua Negeri
31 Ogos
Sabtu
Hari KemerdekaanSemua Negeri
7 September
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua SarawakSarawak
16 September
Isnin
Hari Malaysia  
Semua Negeri
5 Oktober
Sabtu
Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri SabahSabah
12 Oktober
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka
15 Oktober
Selasa
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Semua Negeri
16 Oktober
Rabu
Hari Raya Haji (Hari Ke-2) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
24 Oktober
Khamis
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
2 November
Sabtu
Deepavali Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan
5 November
Selasa
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Semua Negeri
11 & 12 November
Isnin & Selasa
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
22 November
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Johor 
Johor
9 Disember
Isnin
Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor
11 Disember
Rabu
Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
25 Disember
Rabu
KrismasSemua Negeri
* Tertakluk kepada perubahan




TAKWIM CUTI SEKOLAH  BAGI TAHUN 2013


 







Friday, January 4, 2013

TERJAH LAGI!!

JOM PRAKTIKKAN